Perbezaan Unique Visitor (UV) dan Page View (PV)

Apa beza Unique Visitor (UV) dan Page View (PV) nie ye? itu lah yang bermain di fikiran wak sejak mula menyertai nuffnang. Hermm.. untuk pengetahuan korang UV dan PV nie berbeza. Siapa yang tak tahu nie wak ajar, yang dah tau buat-buat x tau jer ek. Berikut perbezaannya.

Unique visitor (UV)
: Setiap pelawat yang menggunakan IP address tertentu kemudian memasuki blog korang kali pertama, ia akan di kira 1 UV. Manakala untuk kali kedua dan seterusnya juga di kira 1 UV, melainkan mereka menggunakan IP address berlainan.

Page View (PV) : Setiap pelawat yang hadir ke blog korang, ia akan dikira 1 PV manakala jika mereka klik/ refresh/loading lagi sekali ia akan dikira 2 PV dan seterusnya jika mereka melakukan perkara yang sama.

Kebiasaanya PV lebih tinggi dari UV, ini kerana, pelawat yang hadir bukan hanya melihat 1 entry korang, tetapi melihat banyak entry di blog korang sekira ianya menarik. Penggunaan "Read More Button" boleh meningkatkan PV korang. Untuk meningkatkan UV pula, korang haruslah sentiasa membuat blogwalking dan memperomosikan blog korang.

Ok, sampai di sini sahaja trick kali ini. Bye..


0 0 Pengutuk:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...