Wak dengar khabar dari suratkhabar menyatakan, Agensi angkasa Amerika Syarikat (AS) mengumumkan sebuah satelit lama di angkasa dijangka akan jatuh ke Bumi dalam tempoh seminggu.Dalam maklumat yang di terima, Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa) kini
sedang memantau satelit seberat 6000 kg itu dan menjangka ia akan
menghentam Bumi pada 23 September 2011 depan.
Khabar itu turut di kukuhkan dengan kenyataan Saintis Nasa yang mengumumkan, bahawa satelit itu dijangka pecah kepada 26 bahagian kecil semasa mendekati Bumi dan kemungkinan untuk serpihan itu terkena seseorang di planet ini adalah dalam nisbah 1 dalam 3,200.
Maklumat terperinci akan diumumkan Nasa dalam minggu ini, dan buat masa
ini, semua benua kecuali Antartika mempunyai kemungkinan dihentam
serpihan satelit tersebut.Jadi Malaysia pun akan terkena juga lah??? Nampaknya 23 hb nie tak nak pei keje, keluar rumah dan hanya duduk dalam rumah ajelah nampaknye... hermmm..
Promo Buy 1 Free 1 Aiskrim Magnum (10 Nov 2026)
-
Ramai dh serbu awal pagi ye.. Kita ptg br singgah...
Jd la dpt 4 ketul ni.. Fav Almond & Classic...mujur dpt ..
choc luxe tu tk pernah try lagi
harga ...
11 hours ago










