Showing posts with label Keluarga. Show all posts
Showing posts with label Keluarga. Show all posts

9 Bulan Tak Update Blog, Mulakan Dengan Kisah Si Kecil

Baca entri di bawah untuk mengetahu kisahnya..
Assalamualaikum w.b.t. semua rakan-rakan blogger wak yang wak kasihi. Mungkin juga ada yang sudah melupakan blog ini, berikutan blog ini semakin suram dan tidak berupdate. Bukan kerana malas, sebaliknya wak sibuk menguruskan rumahtangga (eceh...) dan mengendalikan beberapa blog lain. Itulah orang kata, jika ingin menulis blog, anda perlu fokus pada satu blog!! barulah banyak peminat!! huih??

Maaf kengkawan semua, wak buat blog bukan nak pemes ke, nak jadi blogger selebrti ke, nak masuk majalah ke.. bukan!! bukan!! bukan!! tapi kalau dah rezeki nak tolak mana kan?? heh.. Wak menulis blog semata-mata ingin berkongsi ilmu, cerita dan mengeratkan hubungan sesama blogger. Itulah sebabnya wak beri moto "Mari Berkongsi Cerita Dengan Wak & Wak Akan Berkongsi Cerita Dengan Anda Semua".. cuma dalam blog nie guna bahase omputih!! huh.. padahal guna "google translate jer" tu bahasa macam rojak je.. hehe..

Melalut panjang-panjang pun tak de paedahnya, baik kita teruskan cerita mengenai si Kecil wak. Masih belum kenal??? si kecil wak adalah anak kepada wak, namanya e-am, dulu wak penah bagitau korang mengenai wak kecik kan?? dan kisah kelahiran generasi pertama wak kan?? kalau tak ingat, korang bacalah blog nie dari mula, tak de pakedahnya wak nak link2 bagai.. 

Sambutan Anniversary Yang Menyedihkan

  Assalamualaikum kawan-kawan wak, sedih wak mengenangkan hari semalam. Nak tau apa cerita?  mcm nie, hari ini merupakan hari ulangtahun perkahwinan wak dan isteri yaang ke-3. Jadi kami x dapat menyambutnya hari ini oleh kerana mempunyai tugas yang penting di tempat kerja masing2, jadi kami percepatkan sambutannya semalam iaitu hari Ahad. Memula nak pergi bercuti, seperti yang wak katakan, kami amat sibuk dengan tugas di pejabat dan x permohonan cuti juga di tolak. Jadi wak tukar plan nak tengok movie Nur Kasih di Aeon Bukit Tinggi, namun si isteri menolak lamaran si suami, dan si isteri mencadangkan ke Show Centerpoint Klang, untuk menengok movie di LOTUS ke apenda tempat tu yang menggantikan GSC yang suram suatu ketika dulu. Wah, menarik dah kalo tengok wayang kat sini.
  Kaunter depan eksklusif, dalam x tau ler.. Tapi alangkah sedihnya apabila di tanyakan mengenai tayangan Nur Kasih dan jawapannya "Maaf bang, sini x de Nur Kasih The Movie". Herm.. atas perbincangan, wak terus bergegas ke Aeon Bandar Baru kerana ngin mengejar masa, dek kerana meninggalkan si Ilham di rumah neneknya. Biase ler, kalo dah ada anak tu, nak sambut anniversary tu mmg agak leceh terutama kalo anak kecik2 lagi. huhuhu.. Cek punya cek, Nur Kasih The Movie ditayangkan pada 7.40 PM. Oh tidak.. bertapa sedihnya si isteri. Oleh kerana itu, wak pun pilih jerla citer Karak tayangan pukul 1.00 PM. Sementara menunggu waktu tayangan, kami pun pergila lunch di mcdonald jer, kerana itu pilihan isteri dek kerana hampa citer kegemaranya showing lmbt sgt. Huhu.. maka si isteri pun melantak ler aiskrim mcd untuk hilangkan bengangnya. Ok, masuk jer panggung baru wak tahu, rupanya TGV nie dah buat sistem baru untuk seat couple2 berasmara dana nie. Siap ada partition lagi berdua-berdua gitu. Wah, bertambahla maksiat di panggung nampaknya yer.
  Ok, wak x duduk couple seat, tapi dok seat tengah sebelah tepi, kerana memudahkan wak nak kular terkucil ke, ape ker.. kan senang. Huhuhu.. Permulaan citer dah kelakar campur seram, si isteri siap cakap "ape la abang nie, pilih citer mcm nie.. nanti nak buat susu ilham mlm2 orang takut siap abang.." haha.. Tapi diakhir citer plak.. tup!!!! terus satu Aeon Bandar Baru blackout!! hampeh!! dah nak abis boleh plak die blackout!! Oh yer, untuk makluman tiket TGV sekarang rm14 seorang, mcm nie kene mintak balik duit 4 hinggit ler, sebab tengok citer x abis.. hehehe.. Jadi kami keluar ler dari situ dan terus balik. Parking free ari tu sbb mesen semua rosak, tapi wak punya baik hati pei bayar. Huhuhu... Itu ler kisah sedihnya.. Apapun kami tetap bahagia walaupun anniversary kali nie x membahagiakan kami. Uwaaaa!!!
kredit gambar : Thish

pstt: kesimpulan citer nie, kelakar, seram tu kurang, ngeri ade ler, jijik pun ader (jijik pasal ulat2 tu), dan memberikan mesej agama islam yang bagus, sebab ape? mengajar korang memahami erti dan makna dalam kandungan ayat kursi itu sendiri. "Baca x tahu makna x mendatangkan apa2 kesan!" kata tuk malam (bukan tuk siang!)

E-am , Aqiqah & Cukur Botak...

Alhamdulillah.. mungkin agak basi entry wak nie, wak xde mase jer nk update.. sbb lupe je nk masukkan gambar dlm lappy. Kali nie sempat gak wak update mengenai kenduri E-am a.k.a Ilham (panggil sy fakhri lg comel). Genap 4 bulan umur e-am, abi ngan ummi ada ler rejeki, jadi buatkn ler kenduri untuk majlis aqiqah & cukur rambut e-am.. Mcm yg dimaklumkn dlm kad jemputan ari tu kan, kenduri wak buat pada hari Ahad, jadi ramai ler jugak sedara mara datang.. mmg full version lah tempat letak bontot.. dah ler kemah wat sebijik jer, nk jimat kos ler katakan (umpama kata Nabi kita : "Bersederhanalah, dan berjimatlah ketika membuat sebarang keraian") lagi pun space dlm umah pown masih bnyk, pondok kuning pown ader.. jd problem punyer.. Ok lah, wak nie bukan suke membebel panjang berjela, jadi korg nikati ler gambo2 yg anak buah wak snap(sbb tu gambo langsung x beuty & nice) layan jer la..




Kambing Tanda Kesyukuran..

Alhamdulillah.. x lame lagi Majlis Aqiqah & kesyukuran ilham.. pelbagai persiapan telah dibuat walaupun kenduri x sebesar mana pun. Dan persiapan paling penting adalah Kambing yang hendak di Aqiqahkan.. setelah bnyk tempat wak teliti, akhirnya ke Kuala Selangor juge wak untuk memilih kambing. Kenapa jauh sangat? mungkin kerana harga kambing dan tukang masak yang agak murah.. Kalo di Shah Alam semua wak dah tanye, atas RM900 tapi di kuala Selangor semuanya bawah RM700 kan ke wak jimat RM200.. alah pei Kuala Selangor bukannya jauh.. isi minyak 10 higgit pun leh sampai.. huhu..

Wak sempat berborak bersama member wak nie, tanye2 pasal pembinaan ladang kambing nie.. die kate, die dah lama jugak bela kambing secara part time sbb masuk penggal sem baru die akan bertugas semula sebagai pensyarah di Uitm Terengganu.. wah.. hebat.. die tanya wak, nk pilih kambing mana, nak hantar kat mane.. wak bagi tau lah hantar kat Shah Alam di kampung tut.. tut.. sekali die kate die duk kat kampung sebelah ler.. jadi die kate x payah susah2 nnt time dagig dah siap masak ambil jer kat umah die.. waah sempoi.. kan senang..

Tentang pemilihan kambing wak tanya pendapat die.. dan die terangkan apa itu Aqiqah, tanggungjawab sebagai Ibu Bapa.. dan kambing yang sah untuk di Aqiqah.. setelah penelitian die.. die pilih kambing berumur 2 tahun lebih nie untuk wak Aqiqah kan.. die kate kambing nie nampak kurus.. tapi daging padat berbanding kambing lain.. wak accept jer la..

Nak tengok kambing maner??.. teengok kat bawah..



Pra Sekolah Vs Tadika

Huh.. Fazley..Fazley.. eh kenapa wak sebut nama nie??? bukan pasal ape pown cume budak 5 tahun baru nk masuk sekolah. Hehe.. maaf agak terlambat wak menceritakan kisah nie. Lucu, bengang, sedih.. mcm-mcm perasaan dialami bagi ibu bapa dan si kecil yg baru hendak bersekolah.. kenapa dengan fazley??

Fazley antara anak buah wak dan antara keturunan wak yg telah menconteng watercolour kemuka ibubapanya.. sbb ape?? sbb ibu bapanya nye dengan usaha gigih memohon kemasukan anaknye ke pra sekolah, namun die dgn tanpa kerelaan tidak mahu ke sekolah.. huhu.. kesian bapaknye.. oh la bapaknye.. (tu ler.. ckp anak org lg.. ahaks..) kisahnyer.. 3 hari si bapa terpaksa bercuti. Hari pertama, fazley ke sekolah yer.. Dengan segak dan gaya pelajar pra mmg ada.. selamber jer.. huhu.. smpi sekolah.. abah!!!nk balik.. uuuuuu.. abah.. uuu.. dengan gaya memanjat dan menggegarkan grill (siapa yg malu? ? ibubapa mereka juga.. hahaha..) Hari pertama gagal, masuk hari kedua.. masih still hendak ke sekolah atas ugutan dan desakan dan ura-ura akan dipulaukan sekiranya tidak ke sekolah.. namun usaha kali kedua jua gagal dan guru mengarahkan beliau pulang kerumah.

Tapi usaha kali kedua tidak berhenti di situ.. setelah jam 10pagi, si fazley berkata "emak, nk pegi sekolah.." semuanye berpunca dari ugutan & desakan yg diberi.. namun tiba disekolah.. dia dibawa pulang kembali.. misi hari kedua gagal.. Akhirnya, pada hari ketiga fazley ditukarkan ke tadika kemas, sungguh pun tangisannya hanya seketika.. setelah dibiarkn guru supaya si fazley menangis sepuas2nya.. hahaha.. guru bukan kejam, tetapi melatih agar si kecil dapat menerima sekolah seadanya. (skema jer ayat..) sekarang bile ditanya pada fazley, esok x yah pei sekolah la fazley.. jawabnya "eh.. xboleh, nnt kwn2 kite x de teman kang" huhuhu.. hebat kan guru tadika kemas??? mungkin kerana mereka biasa mendidik kanak-kanak bawah 6 tahun berbanding pra sekolah.

Berbanding Amisha (anak buah wak), die lebih menerima sekolahnya. Die di tempatkan ke Tadika Hafiz jenis swasta. Bg kita tadika swasta x de beza berbanding tadika kemas yg semamangnye kemas.. Mungkin kerana Amisha adalah anak tunggal, jd memang menjadi kebiasaan ibu bapa, anak tunggal akan diberi yg terbaik untuk yg satu.. Bile di tanya pada amisha tentang perasaan disekolah, "Cah suke sekolah, best.. ramai kwn.. seua baik2.." hermm.. mungkin Amisha lebih biasa kerana ibu bapa mereka bekerja dan meninggalkannya di rumah mak cik nya. Berbeza Fazley yg sememangnye dimanjakan kerana sentiasa dikepit bersama ibu yg bekerja sebagai suri rumah dan baa yg sering mengular (eh, sori ab mail.. terkantoi sudah..hehe..)

Sibuk2 citer kisah anak org nie, anak wak x tau lg.. Alahai la Ilham.. x tau ler abi mcm ner ler kamu dah bes nnt.. mintak2 suke ler kamu dengan sekolah yer.. Anak-anak korang, anak-anak buah ker, anak-anak angkat ker.. mcm ner?? citerla sikit. hehe..

Ilham Sakit..


Ilham semasa di ICU (Unit Rawatan Rapi)

Sudah lama rasanya Wak tidak mengupdate entry.. Kesepian wak selama ini membawa berita menyedihkan, iaitu anak wak sakit dan telah di masukkan ke wad 6c pada 5hb November 2010 kemudian di masukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Rahimah pada 5hb November 2010 ketika umur baru mencapai 16hari. Die dimasukkan ke ICU kerana mengalami kesukaran pernafasan. Besar sungguh dugaan yang Allah berikan kepada wak dan isteri. Anak wak Muhammad Ilham Al-Fakhri di sahkan menghidap jangkitan kuman pada paru-paru (bronchitis). Pada awalnya anak wak sakit demam, selsema, kemudian diikuti batuk dan pada 3hb anak wak sesak nafas. Wak agak terlewat menghantarnya ke hospital. Sekarang anak wak masih dalam pemerhatian doktor. Pernafasan die juga semakin baik dari sebelum ini. Alhamdullillah.. Namun die masih di tahan kerana menurut penjelasan doktor, ada sedikit lagi virus yang mungkin berada di paru-parunya. Ilham hanya mampu tersenyum apabila wak dan isteri disamping namun di hatinya wak tahu betapa perit die menanggung kesakitan. Hanya Allah yang dapat membantu wak dan isteri. Wak berharap semua pengunjung blog wak, rakan-rakan fb dan semua rakan-rakan wak dapat mendoakan agar anak wak sembuh dari penyakit yang dihadapinya. Doa korang semua hanya Allah yang akan membalasnya.. Insya-Allah..

Eksklusif : "PeNaNtiAnKu"



Kanak-kanak Gedik @ Comel ???

Kanak2 @ budak kecik sinonim dengan perwatakan mereka yang mencuit hati, Oklah wak suka snap gambar budak2 kecik nie... tgkla aksi mereka..

Aksi Anak Abang Man nie..

Aksi Fazley @ Lee..

Sebenarnya budak nie ler paling banyak aksi, tapi mane ntah gambo bdk nie.. puas wak mencari..

Aksi Amisha @ Misha..


Minah nie x payah cakapla.. memang memenuhi semua ruangan memori card wak...

Ok, jadi disini.. walaupun kanak2 itu gedik namun ia tetap comel, tapi bagi wak, kalo orang dewasa atau remaja gedik, bagi wak hanya ingin termuntah.. lainla... gedik suami isteri di tempat tersembunyi.. hehe.. Jadi, kalo sesiapa yg gedik tu, harap maaf dengan statement yang jujur dari wak.


Habuan Pemenang Pertandingan Anjuran Pegeark

SHAH ALAM 21 Mac, Pemenang-pemenang pertandingan yang di anjurkan oleh pihak Penyatuan Generasi Abdul Rahman & Kalsom (Pegeark) telah menerima habuan masing-masing. Hadiah dan piala telah disampaikan oleh Tuan Haji Abdul Rahman selaku pengasas persatuan itu. "Sukan untuk kesihatan kita, jadikan sukan satu amalan bagi kita semua dan saya berasa usaha seperti ini patut di teruskan pada masa yang akan datang" ucapan beliau ketika ditemu ramah di kediaman beliau. Pegeark mempertandingkan sbanyak 5 acara iaitu tarik tali, bola sepak, badminton, ps2 gamez dan explorace. Pertandingan yang mengambil masa 2 minggu itu telah ditamatkan pada 17/3/2010. Semua penang menerima hadiah hamper bernilai RM50 dan barangan keperluan sekolah dan cenderahati serta piala bagi kategori badminton & bola sepak.

Badminton Challange & Explorace

Maaf kepada semua pembaca blog wak.. wak dah lama lupe nk update.. nie nk update nie.. Ari tu wak cerita pasal Piala PFC sekarang wak nk citer pasal badminton ngan explorace. Mesti korang tertanya kenapa la wak n the family asyik wat game jer.. pastu dapat hadiah plak tu.. Ha!! wak dah agak mesti nk tau punyer.. sebenarnya wak punyer family nie ade Persatuan, jadi ari tu wat family day.. ingtkan nk wat semua xtvt nie kat tempat family day tu ler. Rupanya tempat tu haram.. bukan setakat nk buat xtvt, isy x taulah nk cakap mcm maner.. korang tgk blog nie >>Mandi.. Makan.. Borak.. jadi xtvt tu terpaksa dibuat dikawasan rumah family wak. So siape yang salah?? WAK LA SALAH!!! Adoi.. kan dah kener.. Tulah korang yang suruh wak planing tempat sape suruh.. hermm.. jadi antara xtvt yang disenaraikan adalah :

1. Tarik tali
2.Bola Sepak (memang wajib untuk rebut piala PFC)
3.Badminton
4.PS 2 gamez
5.Explorace >> melukis, mewarna, menyiang ikan, buat orang-orang dan mcm2 la..

Ok.. Jadi ini adalah antara pic-pic XTVT, maafla kalo wak x bnyk gambar coz wak nie malas nk tangkap gambo budak2 nie..

Rebutan Piala PFC

28Feb Shah Alam - Rebutan Piala Pegeark Football Club (PFC) menjadi tempat kepada 3 kumpulan yang bertanding sehingga menonjolkan diri ke peringkat akhir. Antara kumpulan yang tersenarai separuh akhir ialah DebKusCik Futsal Club (DFC), WakAlim Futsal Club (WFC) dan Imam Futsal Club (IFC) dan perlawanan bermula dgn DFC menentang WFC dgn keputusan 0-0 dan diteruskan dgn perlawana antara IFC menentang DFC dan dijuarai IFC dengan jaringan 2-0, kemenangan berpihak kepada IFC kerana mempunyai pemain simpanan tidak berdaftar.



WFC 4 orang kiri DFC 4 orang kanan DFC 4 orang kiri IFC 4 orang kanan


Pemain simpanan IFC

Perlawanan kemudian bersambung dgn IFC menentang WFC dan keputusan seri 2-2, sekali lagi perlawanan akhir di isytiharkan antara IFC dgn WFC dan undian pemain simpanan dibuat dan pemain simpanan IFC dikeluarkan. Bermulalah pertarungan sengit dgn masa 3minit-3minit.


Perlawanan Akhir IFC vs WFC

Separuh masa pertama jaringan dilakukan oleh penyerang WFC Amar dgn bola padu lencongan tepi. IFC cuba menjaringkan goal pada masa kedua namun berjaya di tepis oleh penjaga goal muda WFC Faris. Dan perlawanan berakhir dgn keputusan WFC menang 1-0. Piala PFC akan disampaikan pada 7 march ini oleh YDP Tuan Haji Abdul Rahman.

Laporan oleh :
BLOP

Rumah Embak Dila Kakek Gue



"Malam tadi dah bayar 3rd payment, another 30k.. nak bayar sikit2 dah tak boleh sebab dalam agreement dah state mcm tu.. so follow agreement dan bertawaklah pada Allah.. harap2 rumah tu siap cepat dan sempurna dan kontraktor penipu ni tak bawak lari duit mapa..

Tp SANGAT SERIK berurusan ngan kontraktor ni.. dia ni mmg penipu besar!!! masa mula2 deal dulu, bukan main lagi cakap dia.. tanah merah FOC, porch kete, klu ada kayu lebih FOC, parit besar pun FOC... sape yg tak teruja dengan pakej dia kan? harus la mapa amik dia jadi kontraktor umah kita... tapi bila dah bagi dia buat rumah, lain lak jadinya.. boleh marah2 papa.. sms mcm2.. siap ugut2.. mmg too much... pastu bila kita tanya pasal benda2 FOC ni, tetiba dia mintak bayar... mcm2 xcuse dia bagi.. mmg @#$%^$#@... xpe, buat masa ni mama xnak menyumpah dia xcident ke, mati kene panah petir ke.. tunggu bagi rumah kita siap dulu... bila dah xde urusan dgn dia lagi, tetiap hari mama akan sebut nama dia n sumpah hidup dia sepanjang hayat dia.. tengoklah... DOA ORG YG TERANIAYA AKAN DI MAKBULKAN ALLAH SWT.. HEROTLA MULUT KO HENDAKNYA!!! AMINNNNNNN....

byk benda dia tipu kami... sebelum ni dia kata, upah pasang tile free, tapi tile mapa kene beli sendiri.. tapi mlm tadi ckp, klu nak pekerja dia buat, kene bayar upah.. mmg *&^%$#.. patutlah tak dapat banyak projek.. ramai agaknya org yg teraniaya sebelum ni.. mmg hamsap punya org.. pakai kupiah, bini berpurdah, tapi kaki menipu.. panas baran.. cakap mcm &^%$#... tu la org kata, dont judge a book from its cover!!!! this kontraktor is from SABAH.. SO, MALAYSIAN ye.. bukan indon!!! konon nak tolong org malaysia, tapi kita yg di 'kelebetnya'..

Bila umah kita dah siap, akan adanya satu entri khas utk siarkan identiti dan kejahatan kontraktor ni agar sesiapa yg TERmasuk dalam blog ni berhati-hati dengan penipu besar.. Moga allah sekat rezeki dia untuk menyedarkan perbuatan dia yg suka menganiaya org... buat masa ni, mama akan kumpul dulu perilaku buruk kontraktor ni.. tunggu entri khas KONTRAKTOR PUTAR ALAM!!!"
Berikut adalah luahan hati Embak Dila.. Wak juga amat bersimpati diatas apa yang berlaku.. semoga umah embak dapat disiapkan..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...