Habuan Pemenang Pertandingan Anjuran Pegeark

SHAH ALAM 21 Mac, Pemenang-pemenang pertandingan yang di anjurkan oleh pihak Penyatuan Generasi Abdul Rahman & Kalsom (Pegeark) telah menerima habuan masing-masing. Hadiah dan piala telah disampaikan oleh Tuan Haji Abdul Rahman selaku pengasas persatuan itu. "Sukan untuk kesihatan kita, jadikan sukan satu amalan bagi kita semua dan saya berasa usaha seperti ini patut di teruskan pada masa yang akan datang" ucapan beliau ketika ditemu ramah di kediaman beliau. Pegeark mempertandingkan sbanyak 5 acara iaitu tarik tali, bola sepak, badminton, ps2 gamez dan explorace. Pertandingan yang mengambil masa 2 minggu itu telah ditamatkan pada 17/3/2010. Semua penang menerima hadiah hamper bernilai RM50 dan barangan keperluan sekolah dan cenderahati serta piala bagi kategori badminton & bola sepak.

0 0 Pengutuk:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...