Ilham Sakit..


Ilham semasa di ICU (Unit Rawatan Rapi)

Sudah lama rasanya Wak tidak mengupdate entry.. Kesepian wak selama ini membawa berita menyedihkan, iaitu anak wak sakit dan telah di masukkan ke wad 6c pada 5hb November 2010 kemudian di masukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Rahimah pada 5hb November 2010 ketika umur baru mencapai 16hari. Die dimasukkan ke ICU kerana mengalami kesukaran pernafasan. Besar sungguh dugaan yang Allah berikan kepada wak dan isteri. Anak wak Muhammad Ilham Al-Fakhri di sahkan menghidap jangkitan kuman pada paru-paru (bronchitis). Pada awalnya anak wak sakit demam, selsema, kemudian diikuti batuk dan pada 3hb anak wak sesak nafas. Wak agak terlewat menghantarnya ke hospital. Sekarang anak wak masih dalam pemerhatian doktor. Pernafasan die juga semakin baik dari sebelum ini. Alhamdullillah.. Namun die masih di tahan kerana menurut penjelasan doktor, ada sedikit lagi virus yang mungkin berada di paru-parunya. Ilham hanya mampu tersenyum apabila wak dan isteri disamping namun di hatinya wak tahu betapa perit die menanggung kesakitan. Hanya Allah yang dapat membantu wak dan isteri. Wak berharap semua pengunjung blog wak, rakan-rakan fb dan semua rakan-rakan wak dapat mendoakan agar anak wak sembuh dari penyakit yang dihadapinya. Doa korang semua hanya Allah yang akan membalasnya.. Insya-Allah..

2 0 Pengutuk:

ummu said...

salam ketabahan untuk wak dan isteri
semoga Ilham sembuh dgn segera
dan selamat berpantang untuk isteri Wak,
dalam sibuk2 anak di NICU, kesihatan
ibu perlu diutamakan jua ya.

wakmizie said...

Alhamdulillah,wak anggap itu semua ujian daripada-Nya.. dan Alhamdulillah berkat doa wak, isteri, solet2 sunat yang dilakukan, ilham dapat pulih dalam jangka masa yang agak pendek walaupun dengan keadaan dia yang masih belum cukup bulan semasa dilahirkan.. Semuanya kuasa yang Maha Esa.. Sekarang wak dah pun pulang ke rumah dan isteri dapatlah meneruskan amalan betungku , tangas dll.. berpantang sudah tentu, lebihan lagi si Ilham tu menyusu badan.. Terima kasih atas keperihatinan Ummu yer... menarik gak blog ummu... :-)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...