Pertandingan Panjut Atau Pelita

Rasanya hari ini dah masuk Hari Raya ke-9 tak silap wak. Namun wak rasa, masih sempat untuk wak bercerita mengenai pengalaman wak menyertai acara pertandingan panjut atau lebih mudah di fahami, pertandingan memasang pelita. Kalau dulu, pertandingan ini sering di adakan, namun sekarang dah tak buat lagi, maklumlah, pemerintahan di selangor kan dah berubah kepimpinanya. Biasanya, pertandingan ini dilakukan 3 hari sebelum tibanya Hari Raya Aidilfitri, sinonim dengan kata-kata orang dulu, iaitu malam 7 likur, di mana setiap orang melayu akan memasang pelita atau cahaya ketika Ramadhan ke 27 atau 3 hari sebelum Hari Raya. 7 likur dimaksudkan iaitu malam ke 27, ini kerana likur bermaksud 20. Ok, selalunya pada waktu-waktu inilah, wak akan ke kebun mencari buluh untuk di jadikan pelita, ialah pelita buluhkan lebih tradisional. Hehe.. Manakala, pelita moden pula wak memakai pelitayang di perbuat dari tin, kerana ianya lebih tahan. Ingat lagi wak pada tahun 2007 dimana, wak membuat lima batang pelita buluh dan setip batang mempunyai 4 aras. Kemudian wak menukang untuk membuat bentuk rumah dan pintu gerbang, kemudian wak letakkan pelita tin di setiap frame rumah dan pintu gerbang tersebut. Hasilnya, wak memenangi tempat ketiga dalam pertandingan memasang panjut pada tahun 2007. Bukan apa, dulu wak memang amat suka aktiviti nie, yelah, daripada duduk rumah melepak, baik buat aktiviti berfaedah kan. Namun, raya tahun nie wak langsung tak memasang pelita, buakan apa, x sempat dan di samping tu wak nak berjimat sikit. Lagi pun harga minyak tanah dan diesel dah pun meningkat naik. Hermm.. semua tu tinggal kenangan la agaknya, tapi satu jer wak tak pernah tinggal ketika menyambut tibanya lebaran, iaitu memasang lampu kelip-kelip. Dari dulu sampai sekarang, kalau tak de lampu kelip-kelip wak rasa tak best pulak menyambut hari raya. Korang pulak macam mana?? Berikut wak sertakan video pertandingan panjut yang di anjurkan Harian Metro di Tanjung Karang baru-baru nie. Apa yang menarik, sedara wak ada dalam video tu.. huhu..

0 0 Pengutuk:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...