9 Bulan Tak Update Blog, Mulakan Dengan Kisah Si Kecil

Baca entri di bawah untuk mengetahu kisahnya..
Assalamualaikum w.b.t. semua rakan-rakan blogger wak yang wak kasihi. Mungkin juga ada yang sudah melupakan blog ini, berikutan blog ini semakin suram dan tidak berupdate. Bukan kerana malas, sebaliknya wak sibuk menguruskan rumahtangga (eceh...) dan mengendalikan beberapa blog lain. Itulah orang kata, jika ingin menulis blog, anda perlu fokus pada satu blog!! barulah banyak peminat!! huih??

Maaf kengkawan semua, wak buat blog bukan nak pemes ke, nak jadi blogger selebrti ke, nak masuk majalah ke.. bukan!! bukan!! bukan!! tapi kalau dah rezeki nak tolak mana kan?? heh.. Wak menulis blog semata-mata ingin berkongsi ilmu, cerita dan mengeratkan hubungan sesama blogger. Itulah sebabnya wak beri moto "Mari Berkongsi Cerita Dengan Wak & Wak Akan Berkongsi Cerita Dengan Anda Semua".. cuma dalam blog nie guna bahase omputih!! huh.. padahal guna "google translate jer" tu bahasa macam rojak je.. hehe..

Melalut panjang-panjang pun tak de paedahnya, baik kita teruskan cerita mengenai si Kecil wak. Masih belum kenal??? si kecil wak adalah anak kepada wak, namanya e-am, dulu wak penah bagitau korang mengenai wak kecik kan?? dan kisah kelahiran generasi pertama wak kan?? kalau tak ingat, korang bacalah blog nie dari mula, tak de pakedahnya wak nak link2 bagai.. 

teruskan membaca untuk mengetahu kisahnya..

Setiap hujung minggu wak, semenjak si e-am nie dah genap 1 tahun pada 10.10.2011 bulan-bulan-bulan lalu, wak telah dipaksa merajinkan diri untuk bersiar-siar ke taman-taman atau tasik-tasik berdekatan sebagai syarat untuk meluangkan masa bersama keluarga oleh si Isteri.. Untuk itu, lokasi yang sering menjadi pilihan wak semestinya tasik Shah Alam.. sebab nak pegi mudah, dan komuniti di taman permainanya, majoritinya adalah melayu.

Wak kalau dah sampai sana, wak cuma pakaikan kasut si e-am, kemudian lepaskan beliau bermain di taman permainan dan di awasi oleh Mem besor.. namun kadangkala kena juga melayan karenah si e-am nie, sebab dia sukakan permainan mencabar, macam papan gelongsor, kalau bagi budak umur 2 tahun, memanglah tak mencabar, tapi bagi umur kurang 2 tahun, bagi wak permainan papan gelongsor ini, perlu di awasi oleh ibu bapa.

Habis bermain selama 1 jam, kami (wak, e-am dan mem besor) pun pulang ke rumah, namun setibanya di hadapan pasaraya econsave, ummi (mem besor) pulak mengajak mencari tilam baru untuk menggantikan tilam di rumah yang sudah uzur, nak tengok gambor?? aih!! malulah!! uzur kebenor... hehe.. Wak tengok muka si e-am nie dah ngantuk semacam jer. Namun kerana dia meloncat-meloncat menyatakan keinginan untuk ikut, wak pun bawak sajalah dan meletakkan si e-am kedalam troli.
Sebenarnya ini, gambar e-am sudahpun melelapkan matanya di kala kepenatan di dalam troli econsave.. 
Tup-tup sedang wak dan ummi mencari tilam, wak tengok si e-am dah pun melelapkan mata. Pelbagai posisi di cuba agar selesa, namun apakan daya, hanya di dalam troli besi, asalkan dapat lelap dia pun lelap sajalah. Kalau korang nak tahu, itulah kisah di sebalik gambar di atas. Dan untuk membuktikan kisah ini benar, jom tengok video kat bawah nie.

0 0 Pengutuk:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...