Maribinablog Di Remove Google

Siapa kenal blog, maribinablog.blogspot.com ? alah, owner dier, encik nescafe ais .. Mesti korang tercari-cari blog beliau kan?? sebenarnya blog beliau telah di remove oleh pihak google atas alasan "blog spam!". Wak amat berasa simpati dengan beliau, mana taknya.. blog beliau merupakan ispirasi setiap blogger mencari maklumat.. terutama bab tutorial!! malah beliau sendiri telah mempunyai beratus-ratus posting yang bermanfaat untuk semua blogger.. dan paling wak kasihani, mungkin income yang beliau perolehi dari ads beliau, terhenti di situ sahaja.. Ok, kenapa pulak google kata blog beliau spam?? ok, apa yang wak faham.. blog spam di kategorikan sebagai blog yang tidak mematuhi syarat google. Antara blog spam yang wak tahu:

1.Komen blog orang, lepastu letak link atau backlink (sekali dua takpe, kalau banyak.. habislah).
2.Blog yang menyimpan link & backlink di blog mereka (sekali dua takpe, kalau banyak.. habislah).
3.Blog yang membuat entri berulang (copy paste blog orang tanpa edit sepatah pun)
4.Blog lucah, porno dan seangkatannya.
5.Blog yang tidak menggunakan e-mail Gmail keluaran google.
6.Blog yang tidak aktif lebih dari 3 tahun. (X silap wak la.. sbb wak penah kena)
7.Buat blog lain, kemudian gunakan blog tersebut untuk link ke blog korang..
8.Korang bacalah syarat google.. http://www.blogger.com/content.g

Kalau tak pown, korang tengok kat sini ha.. wak ada snapshoot peraturan die..
Terjemahanya..
Spam: Spam mengambil pelbagai bentuk dalam Blogger, semua yang boleh menyebabkan pemadaman akaun atau blog anda. Beberapa contoh mewujudkan blog yang direka untuk memandu trafik ke laman web anda atau untuk bergerak ia sehingga dalam senarai carian, posting komen di blog orang lain hanya untuk mempromosikan laman web anda atau produk, dan mengikis kandungan yang sedia ada daripada sumber-sumber lain untuk tujuan yang utama menjana hasil atau lain-lain keuntungan peribadi.

Jadi wak rasa, mungkin maribinablog.blogspot.com ... tersenarai dalam sebab-sebab diatas.. Apa pun, semoga beliau dapat membuat blog baru untuk manfaat semua..

0 0 Pengutuk:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...