Assalamualaikum semua, lamo dah wak x update blog yer. Herm.. sibuk ngan projek baru sampai berminggu dah x update. Sebenarnya malas nak review apa-apa citer pown, tapi disebabkan wak berkesempatan menemani anak-anak buah menonton filem KL Gangster nie, jadi wak kongsikanlah sikit. Dalam ati wak masih ingin melihat citer Nur Kasih.. Ganas-ganas nie x minat dah, sbb dulu dah ganas.. sekarang nak jadi romantik pulak.. Huhuhu..
Oh berbalk pada perbualan kita tadi, hermm.. anak-anak buah wak nie mmg ada jer cara nak suruh wak bawak diorg tengok KL Gangster nie, wak pulak malas nak tengok malam2, mana taknya tinggalkn anak bini kat umah (padahal sekejap jer) huhu.. Pergilah jugak nengok citer KL Gangster dengan 3 orang budak, 2 anak buah, sorang adik ipar. Time show pukul 9.00 p.m. tapi wak sampai sana pukul 9.05 p.m. Ikutkan kalo terlambat dan x booking tiket x boleh masuk, tapi kebetulan pulak budak yang jaga panggung tu kawan sekolah lama, aih dapat tiket murah ler nampaknyer, "Ok bro, bagi aku 15 hinggit jer untuk 4 orang, pastu ko duduk mana ko nak.." kata member wak.
"Ini panggung kita punya!" kata nak buah wak. Manakan tidak, yang dalam panggung cuma ada beberapa orang jer, al maklumlah tengok kat panggung x popular mcm TGV, GSC. Tengok kat mana wak? Lotus Five Star jer.. hahaha.. sbb nak murah dan nak puaskan hati budak-budak nie jer.
Ok, review time! KL Gangster nie mengisahkan tentang perjalanan kehidupan kongsi gelap kat Malaysia, Diorang ada 2 kumpulan, Iaitu Dragon & King. Ketua masing-masing x de cari gaduh pown, yang selalu cari gaduh, Shark a.k.a Syamsul (anak tiri pada ketua kumpulan King) dia nie jugak berhasrat untuk merampas kuasa bapak tirinya iaitu King, oleh sebab itu dia amat membenci Malek dan bercadang membunuhnya. Malek a.k.a. Aron Aziz pulak merupakan kawan baik King dan dimasukan penjara selama 5 tahun atas jenayah yang dilakukan . Bila keluar penjara dia duduk rumah kawan baiknya Fadhli a.k.a. Zizan yang otaknya mereng sikit dan suka dengan trademark "macam syial lar wei.." dan menggelarkan dirinya "kalau abang long yang pukul, dah arwah dah budak nie!" namun, sedikit pown x pernah pukul orang, malah dipukul adalah. Jai a.k.a. Adi Putra merupakan adik kepada Malek dan beliau bekerja di bawah Dragon. Jai kawan baik kepada Dragon namun sering menipu Dragon kerana sifatnya yang tamakan duit dan berfikir bahawa dialah penyebab Dragon naik (memang pown). Jai amat baik dengan anak buahnya, menjaga kebajikan anak buahnya dari segi kewangan, namun dia amat memusuhi abangnya kerana masalah keluarga. Jai, Malek, adik perempuanya dan ibunya adalah orang kampung yang susah, namun setelah Malek memasuki kongsi gelap ketika dahulu, hidupnya berubah menjadi porak peranda dan semakin teruk apabila Malek dimasukan ke penjara, ramai yang memusuhinya melepaskan nafsu kepada adik perempuanya. Manakala Jai memberontak dan lebih suka hidup sendiri dengan duit disekelilingnya. Dan kesudahannya King dibunuh anak tirinya Shark, manakala Shark di belasah Malek kerana membunuh rakan baiknya Fadhli namun Shark mati di tembak Dragon ketika malek bertarung dengan adiknya Jai. Dragon akhirnya berkuasa, Malek hidup seperti biasa namun Malek dan Kumpulan Dragon diberkas kerana kesalahan peristiwa pembunuhan Shark manakala Jai menghilangkan diri.
Bagi wak filem nie, dari segi sound system, visual dan aksi memang terbaik dan jalan citer nie dapat difahami dengan mudah. Wak bagi 4 bintang dari 5 bintang untuk citer nie, sebab wak lebih meminati Filem Romantik (poyolah wak!) hehe.. Ok, yang belum tengok, peilah tengok! kalu minat la..
psst : Dengar citer filem nie kene saman dengan pekida, apa pun tahniah Syamsul kerana berjaya meraih hampir 6 juta dalam masa 4 hari tayangan. Hebat, boleh kalahkan rating citer kufarat anda sebelum nie lah nampak gayanya... hehe..
Art Exhibitions Nov 2024
-
It’s been two weeks, art enthusiasts, and we’re back with a fresh list of
exhibitions for you to #ZiarahSeni! Here are the exhibitions coming up over
th...
2 hours ago
0 0 Pengutuk:
Post a Comment