Sambutan Anniversary Yang Menyedihkan

  Assalamualaikum kawan-kawan wak, sedih wak mengenangkan hari semalam. Nak tau apa cerita?  mcm nie, hari ini merupakan hari ulangtahun perkahwinan wak dan isteri yaang ke-3. Jadi kami x dapat menyambutnya hari ini oleh kerana mempunyai tugas yang penting di tempat kerja masing2, jadi kami percepatkan sambutannya semalam iaitu hari Ahad. Memula nak pergi bercuti, seperti yang wak katakan, kami amat sibuk dengan tugas di pejabat dan x permohonan cuti juga di tolak. Jadi wak tukar plan nak tengok movie Nur Kasih di Aeon Bukit Tinggi, namun si isteri menolak lamaran si suami, dan si isteri mencadangkan ke Show Centerpoint Klang, untuk menengok movie di LOTUS ke apenda tempat tu yang menggantikan GSC yang suram suatu ketika dulu. Wah, menarik dah kalo tengok wayang kat sini.
  Kaunter depan eksklusif, dalam x tau ler.. Tapi alangkah sedihnya apabila di tanyakan mengenai tayangan Nur Kasih dan jawapannya "Maaf bang, sini x de Nur Kasih The Movie". Herm.. atas perbincangan, wak terus bergegas ke Aeon Bandar Baru kerana ngin mengejar masa, dek kerana meninggalkan si Ilham di rumah neneknya. Biase ler, kalo dah ada anak tu, nak sambut anniversary tu mmg agak leceh terutama kalo anak kecik2 lagi. huhuhu.. Cek punya cek, Nur Kasih The Movie ditayangkan pada 7.40 PM. Oh tidak.. bertapa sedihnya si isteri. Oleh kerana itu, wak pun pilih jerla citer Karak tayangan pukul 1.00 PM. Sementara menunggu waktu tayangan, kami pun pergila lunch di mcdonald jer, kerana itu pilihan isteri dek kerana hampa citer kegemaranya showing lmbt sgt. Huhu.. maka si isteri pun melantak ler aiskrim mcd untuk hilangkan bengangnya. Ok, masuk jer panggung baru wak tahu, rupanya TGV nie dah buat sistem baru untuk seat couple2 berasmara dana nie. Siap ada partition lagi berdua-berdua gitu. Wah, bertambahla maksiat di panggung nampaknya yer.
  Ok, wak x duduk couple seat, tapi dok seat tengah sebelah tepi, kerana memudahkan wak nak kular terkucil ke, ape ker.. kan senang. Huhuhu.. Permulaan citer dah kelakar campur seram, si isteri siap cakap "ape la abang nie, pilih citer mcm nie.. nanti nak buat susu ilham mlm2 orang takut siap abang.." haha.. Tapi diakhir citer plak.. tup!!!! terus satu Aeon Bandar Baru blackout!! hampeh!! dah nak abis boleh plak die blackout!! Oh yer, untuk makluman tiket TGV sekarang rm14 seorang, mcm nie kene mintak balik duit 4 hinggit ler, sebab tengok citer x abis.. hehehe.. Jadi kami keluar ler dari situ dan terus balik. Parking free ari tu sbb mesen semua rosak, tapi wak punya baik hati pei bayar. Huhuhu... Itu ler kisah sedihnya.. Apapun kami tetap bahagia walaupun anniversary kali nie x membahagiakan kami. Uwaaaa!!!
kredit gambar : Thish

pstt: kesimpulan citer nie, kelakar, seram tu kurang, ngeri ade ler, jijik pun ader (jijik pasal ulat2 tu), dan memberikan mesej agama islam yang bagus, sebab ape? mengajar korang memahami erti dan makna dalam kandungan ayat kursi itu sendiri. "Baca x tahu makna x mendatangkan apa2 kesan!" kata tuk malam (bukan tuk siang!)

1 0 Pengutuk:

yasmine danny said...

wow!!! da tgk karak... mesti best~~~ tgk preview jek da mcm gempak an... =D
1st jejak tapak kaki n komen kat blog wak~~ =D
akn dtg b'siar-siar lg.. ^^

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...