Showing posts with label Kawasaki Z800. Show all posts
Showing posts with label Kawasaki Z800. Show all posts

Gambar & Video Pelancaran Kawasaki Ninja 250R 2013 & Z800 Di Malaysia

Kawasaki Malaysia akhirnya telah menamatkan penantian model baharu Kawasaki Ninja 250R versi 2013 apabila model itu dilancarkan bersama-sama sebuah lagi model baharu Kawasaki Z800 2013, bertempat di Sunway Convention Centre, Kuala Lumpur pada 11 Oktober 2012. Majlis pelancaran tersebut dirasmikan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri, Datuk Mukhriz Mahathir.

Turut dihadiri oleh Hiroshi Takata, Presiden Kawasaki Heavy Industries, Motorcycle & Engine Company, dan Pengerusi Eksekutif Kawasaki Motors Malaysia, Yang Mulia Raja Datuk Hanippudin Raja Datuk Nong Chick. Kawasaki Ninja 250R 2013 yang di kuasakan dengan enjin 4-stroke, liquid-cooled, 249 cc dengan 2 Silinder (Parallel Twin) boleh mencapai kelajuan 31.5 hp@11,000 rpm di atas jalan raya dengan megahnya. Dan harga yang di tawarkan untuk model Kawasaki Ninja 250R 2013 ialah RM22, 589 (Non-OTR).

Manakala Kawasaki Z800 yang telah di inspirasi dari Z750 dan di buat pembaharuan semula dengan manaikkan kapasiti enjinnya sebanyak 50cc juga amat menarik. Kawasaki Z800 di kuasakan dengan enjin 4-stroke, liquid-cooled, 806 cc dengan 4 Silinder, DOHC, 16 valve mampu mencapai kelajuan 111 hp@10,200 rpm dan 83 Nm of torque@8,000 rpm. Dan ianya di jual pada harga RM47,989 (Non-OTR).
Berikut beberapa keping gambar sekitar pelancaran kedua-dua model tersebut.

**Untuk gambar yang lebih dan spesifikasi yang lengkap untuk model Ninja 250R 2013 boleh rujuk entri ini >> Gambar & Video Spesifikasi Ninja 250R 2013 & Ninja 300 2013.

**Untuk gambar yang lebih dan spesifikasi yang lengkap untuk model Z800 2013 boleh rujuk entri ini >>
Gambar & Video Spesifikasi Kawasaki Z800 2013 Di Malaysia.

Gambar & Video Spesifikasi Kawasaki Z800 2013 Di Malaysia

Seperti mana yang wak beritahu kelmarin, Kawasaki Malaysia telah melancarkan dua buah model motosikal berkuasa tinggi yang baharu iaitu versi 2013 di pasaran tempatan. Motosikal tersebuat antaranya sebuah model sportbike Ninja 250R 2013 dan model Naked Z800 2013, kedua-duanya merupakan versi pemasangan tempatan (CKD). Selain Ninja 250R 2013 yang menarik perhatian ramai kerana reka bentuknya yang diinspirasikan daripada model berkuasa lebih tinggi dan berpatutan dengan harganya yang kompetetif, Z800 2013 turut mendatangkan perasaan teruja peminat motosikal di Malaysia apabila ditawarkan pada harga runcit kompetetif RM47,989.00 (Non-OTR).

Kawasaki Z800 merupakan generasi baharu selepas model popular Kawasaki Z750 dengan perubahan kapasiti cc enjin yang kini bertambah sebanyak 50cc. Ia dilengkapi enjin 4-silinder 806cc dengan hamburan kuasa maksimum 113PS/HP@10,200rpm dan tork maksimum setinggi 83Nm@8,000rpm, seterusnya digandingkan bersama transmisi 6-kelajuan. Bertambah menarik dengan rekaan badanya dan tempat duduknya yang sangat empuk. Berikut beberapa keping lagi gambar-gambar menarik Kawasaki Z800 2013.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...