Dah lama wak x update blog, maaf lah sbb wak amat busy semenjak ada baby nie.. hermm.. lg2 nak kenduri cukur jambul wak ilham.. Pastu dok sibuk lg design kad ID opis wak.. dan bertambah sibuk dgn masalah kekurangan gambar untuk header template wak. Ok.. balik pada topik kita.
Agak keliru juga wak, x tau nk bayar saman cara ape?? bayar kat pejabat pos?? ada insentif ker?? cuba pei.. dan hasilnya.. Alhamdulillah.. selesai saman tertunggak wak. Wak kene saman nie waktu pei sg. besar tahun 2009. Dan hari nie wak telah selesaikannya dalam masa 3 minit jer di pejabat pos Klang.. Ok, untuk maklumat korg.. berikut wak senaraikan cara pembayaran saman sebelum 28hb nie.. cpt2 kalo x korg kene senarai hitam..
1.Balai polis = Kat semua cawangan, ibu pejabat balai polis korg boleh pei untuk bayar saman. Tapi cara agak leceh, first kena ambik nombor giliran tunggu dan bila sampai nombor korg bagi ic untuk cek saman, pas tu korang tunggu lagi untuk panggil kedua untuk bayar saman, settle..
2.Pejabat Pos = Kat semua cawangan, ibu pejabat pos korg leh pei untuk bayar saman. Sampai jer terus tekan button B (Pelbagai) untuk dapatkan nombor giliran, kemudian tunggu smpi gilran korg, bg ic untuk cek saman dan terus buat pembayaran. Ambik resit tulis nama dan ic.. settle..
3.MyeG = Pei kat website diorg >>
Myeg kemudian korg register dulu kat web page diorg, kemudian log in, kemudian cari logo PDRM dan klik pada logo, kemudian akan terpapar saman korg bersama harga asal dan insentifnya, kemudian tick pada setiap saman yg korg nak bayar (jika korg adalah pengumpul saman) dan klik proceed dan pilih bank yg korg nak guna untuk pembayaran cara FPX (pastikan korg ade online banking pada jenis bank yg korg akan gunakn) kemudian login kat online banking korg dan siap, kalo kad kredit klik jer kat kredit dan masukkan korg punya no.kad kredit dan no. belakang kad kredit tu kemudian siap, caj dikenakan RM2.00 dan setelah selesai pastikan korg hantar e-mail ke MyeG pengesahan pembayaran korg x kira pa guna jpeg, png ker.. dan nnt diorg bg korg resit. Kdg2 x antar e-mail pun automatik terus dpt resit tp tengok ler trafik web Myeg camner..
Ok, dah paham semua? Insentif plak mcm ner wak? Oh, lupe bgtau korg, insentif bagi kesalahan sebelum 1 December 2010 (atau bayaran tertunggak) ialah 50% dari kadar saman korg maksudnya kalo RM300 korg dpt diskaun jadi RM150. Manakala bagi keslahan selepas 1 December 2010 , korg kene ikut jadual insentif kat bawah nie :
dan insentif nie akan diberi secara automatik, korg x payah mintak diorg bagi.. huhu.. Macam mana plak dengan cara pembayaran wak? kalo bayar guna pejabat pos dpt insentif ke? Untuk makluman korg, semua cara pembayaran yang wak senaraikan kat atas tu, semuanya dapat insentif automatik. Ok.. Kepada yang mempunyai saman tertunggak tu lebih elok selesaikan saman korg sebelum 1 Mac 2011 ini sebab kalo korg x selesaikan korg akan disenarai hitamkan (blacklist) nnt korg nk buat loan ke ape ke kan dah susah. Memang la, kalo korg bayar selepas 1 Mac 2011 korg akan dpt insentif, namun blacklist tetap korg akan kene. Ingat!!!
Berikut bukti pembayaran yang wak lakukan di Pejabat Pos pagi tadi untuk saman Speed Trap RM300 lepas insentif jadi RM150.

Resit yg akan korg perlehi selepas pembayaran..

See.. RM150 jer lepas insentif diberi..
psst.. : kalo nak mudah bayar di pejabat pos, pei esok.. sbb org masih x ramai, dan pei time pukul 10-12 tgh ari sbb waktu nie org tgh keje.. mesti cepat urusan korg..